
Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations
Pembentangan Syarikat Induk Edu-World Sdn Bhd Pembentangan disampaikan oleh En. Habib Bin Imbichi selaku Pengarah Urusan. Pembentangan beliau lebih kepada perkongsian pengalaman mengenai dunia keusahawanan. Dunia keusahawanan beliau bermula pada awal 80 an dengan berteraskan perniagaan memasarkan peralatan bantuan mengajar dari luar negara ke IPTA. Walau bagaimanapun, kejatuhan ekonomi pada 1997 telah memberi impak yang besar kepada perniagaan sehinggakan beliau menukar skop perniagaan ke dalam bidang perabot. Beliau mula mendapatkan projek tender ke sekolah awam dan antarabangsa bagi membekalkan perabot sekolah. Selain itu, syarikat beliau juga menghasilkan perabot untuk kegunaan isi rumah. Bidang perabot mencatatkan 8.5 Billion USD eksport daripada jumlah industri kayu kayan yang sebayak 20 Billion USD. Potensi dalam bidang perabot amat besar terutamanya perabot Malaysia adalah salah satu mutu yang dikagumi di seluruh dunia. | |||||||||
Minum Pagi | |||||||||
Sireh Emas Marketing Sdn Bhd Pembentangan dimulakan dengan data statistik yang menunjukkan potensi besar dalam bidang kosmetik. Pada 2001, sejumlah 23 K produk kosmetik yang ada di Malaysia, hanya 3 K sahaja yang terdiri daripada produk tempatan. Dari jumlah tersebut, produk Bumiputera hanya mencatatkan 1 % sahaja dan majoriti daripada pebgeluarnya terdiri daripada individu yang tidak mempunyai pengetahuan dari segi saintifik tentang kesan jangka masa panjang penggunaan bahan kimia. Atas dasar tersebut, Sireh Emas telah mengambil seruan untuk menghasilkan produk kosmetik tempatan dengan berasaskan bahan asli tempatan yang dijamin dan diuji keberkesanan dan keselamatannya. Ekstrak sireh telah dijadikan ramuan asas untuk produk Xanswhite. Selain produk, Sireh Emas juga telah melebarkan perniagaan dengan mewujudkan Spa dan Beauty Salon. Sesiapa yang berhasrat untuk menceburi bidang kecantikan boleh menjadikan Sireh Emas sebagai mentor dalam merealisasikan impian menjadi usahawan yang berjaya. | |||||||||
Sierra Circle Sdn Bhd Sierra Circle berasaskan perniagaan makanan yang hanya dipasarkan di Prestige Shopping Mall seperti KLCC dan Pavillion. Objektifnya untuk memromosikan Malaysian Halal authentic homecook. Maka. Tertubuhlah Laksa Shake dan francaisnya di pusat membeli belah terkenal sebagai sahutan mewujudkan golongan usahawan Bumiputera di kawasan ini. Setakat ini, Laksa Shake mempunyai 6 francais dan 2 lagi francais bakal diwujudkan sehingga akhir tahun. | |||||||||
Gaya Warisan Collection Berasakan kepada perniagaan batik yang dimulakan di Medan MARA dan kini berkembang di Jalan Tuaku Abdul Rahman dan Kelantan serta mempunyai sebuah kilang memproses batik. Sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan boleh memilih antara 3 pakej perniagaaan iaitu: a. Pakej 1 Modal RM 100 000 b. Pakej 2 Modal RM 50 000 c. Pakej 3 Modal RM 30 000 Strategi pemasaran termasuklah: Jualan Murah Pamplete dan brochure Jualan Luar Pesta Batik Promosi Upah Jahit Pemantauan: Latihan tentang produk jualan dan fesyen Latihan Keusahawanan Perbincangan masalah Lawatan ke pusat jualan | |||||||||
Halalgel Distributor Sdn Bhd Perniagaan berdasarkan keperluan masyarakat Islam untuk mendapatkan produk gelatin halal dan taiibah. Gelatin adalah produk utama dalam pembuatan makanan dan ubatan yang diperbuat daripada tulang. Keraguan tentang halal timbul kerana wujudnya penggunaan tulang khinzir secara meluas bagi menghasilkan gelatin. Konsep Halalgel Distributor adalah mewujudkan usahawan yang bertindak sebagai pengedar bagi produk ini. Terdapat 2 jenis pengedaran iaitu Single Level Marketing dan peruncitan. Setiap mentee akan dilatih dari segi : Pengurusan Pelanggan Pengurusan Jualan Pengurusan Kredit Pengurusan Stok Pemasaran Produk | |||||||||
Iwani (Ultra Sepadu Sdn Bhd) Berasaskan kepada perniagaan makanan frozen food yang menjurus kepada produk makanan masyarakat Cina disebabkan kekurangan produk halal Cina dan kecenderungan masyarakat menikmati makanan Cina seperti Yong Tau Fu, wantan, dan sebagainya. Peluang peruncitan Produk Iwani berdasarkan pembukaan stokis dan kiosk. a. Pakej Stokis (Sejuk Beku) RM 5 K b. Pakej Stokis (Bermasak) RM 10 K c. Pakej Kiosk RM 20 K d. Pakej Kiosk/ Stokis RM 30 K Iwani juga menganjurkan Kursus Memproses Makanan Halal yang dikenakan bayaran RM 250 dan dijalankan pada hari Ahad sahaja. | |||||||||
Makan Tengahari | |||||||||
Kemudahan Pembiayaan dan Pembangunan Usahawan SME Bank Taklimat adalah berkenaan Program Tabung Usahawan Siswazah yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui SME Bank. Objektif: Menggalakkan siswazah menjadi usahawan, menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, dan mengurangkan kebergantungan untuk makan gaji. Peruntukan akan diberikan untuk membeli harta tetap perniagaan seperti mesin, alat pejabat, deposit dan membiaya keperluan modal kerja perniagaan. Had pinjaman minima adalah RM 20 K dan maksima RM 250 K. Peminjam perlu menyumbang 10 % daripada kos projek. Kadar keuntungan 4 % setahun dari baki bulanan. Sebarang jenis perniagaan boleh menggunakan tabung samada perseorangan, perkongsian mahupun sendirian berhad. Walau bagaimanapun, dalam apa jua konteks, siswazah perlu menjadi pemegang saham majoriti. Selain itu, syarat asas pemohon adalah:
Secara ringkasnya, seseorang siswazah yang berminat perlu: Hadir Latihan Siapkan Rancangan Perniagaan
Penilaian SME Bank
Dokumentasi Perniagaan Pengeluaran Wang TUS
Perniagaan Mula Beroperasi | |||||||||
Business Matching 1. SME Bank Bahagian Tabung Usahawan Tn. Haji Jalal: 019-3252735 (Tel. Bimbit) 03-26913231 (Pejabat) 2. 2. Halalgel Distributor Sdn Bhd 4. 03-78453175/ 4175 3. Sierra Circle Sdn Bhd 03-3172765 4. Ultra Sepadu ( Iwani) Sdn Bhd En Mohammad Hj Othman : 03-61851800 (Pej) 5. Sireh Emas Sdn Bhd 03- 33543261 6. Gaya Warisan Collection 03-26915913 |