Monday, April 14, 2008
Bicara Tani
Bertemu kita lagi di laman blog bumi hijau ini. MOA atau Ministry of Agriculture telah melancarkan satu program untuk memudahkan sesiapa yang berminat dengan pertanian sebagai satu perniagaan mendapat secukupnya ilmu atau pengetahuan sebelum memulai gerak. Program itu yang dinamakan sebagai Bicara Tani akan di buat di beberapa ibu negeri atau bandar di setiap negeri.
Satu laman web juga telah dibina oleh mereka untuk memudahkan sesiapa pun mendaftar ataupun untuk mencari infomasi. Laman web itu adalah www.bicaratani.com.my .
Jika berminat sila layari segera laman web ini .
Terima kasih.
Tuesday, April 1, 2008
A - Z SOAL JAWAB MENGENAI FIDLOT (FEEDLOT)
APA ITU FIDLOT ?
Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara sendasa berkurung dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan menggemukkan lembu dalam masa yang singkat.
APAKAH KEPERLUAN ASAS UNTUK MENTERNAK SECARA FIDLOT ?
Mentemak lembu secara fidlot boleh dipertimbangkan sekiranya sudah dikenalpasti dan ditentukan sumber makanan lembu yang bermutu dengan harga yang berpatutan, bekalan lembu pengganti (feeder) yang sesuai dan tempat untuk pasaran. la fidak memerlukan kawasan tanah yang luas.
BAGAIMANA MENTERNAK SECARA FIDLOT
Satu cara ialah untuk anak lembu jantan yang muda beratnya kira-kira 150 -200 kg digemukkan di dalam kandang. Dalam masa tidak lebih 6 bulan, lembu itu akan mencapai berat antara 330 - 350 kg. dan boleh dijual untuk disembelih.
- Sekali masuk sekali keluar ialah memelihara sekumpulan lembu sahaja sehingga tamat penggemukan. Selepas dijual habis barulah dimasukkan kumpulan baru.
- Masuk keluar berterusan pula ialah memelihara beberapa kumpulan lembu secara berperingkat-peringkat berterusan mengikut tempoh tertentu, misalnya tiap-tiap bulan. Jumlah temakan akan tetap apabila semua peringkat kumpulan telah dipenuhi.
APAKAH BAKA LEMBU YANG SESUAI ?
Baka lembu tempatan :-
Kedah - Kelantan
KENAPA LEMBU IMPORT ?
Bekalan lembu tempatan yang sesuai untuk diternak secara fidlot adalah terhad. Satu cara untuk mendapatkan bekalan satu kumpulan lembu pengganti yang sama besar ialah melalui import.
TIDAKKAH LEMBU IMPORT ITU LIAR ?
Jika anda perlu tahu lagi , jgn lupa untuk layari blog kami pada masa akan datang.....
atau email kepada: amkikkyu@gmail.com