Tuesday, March 25, 2008

Hibiscus or Bunga Raya

Bunga raya bunga kebangsaan Malaysia dan lima kelopaknya mewakili lima prinsip Rukun Negara. Pada 28 Julai 1960, bunga raya diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu . Bunga raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Di negara ini, antara agensi yang banyak menjalankan penyelidikan ialah Agensi Nuklear Malaysia. Nuklear Malaysia sejak 1990 lagi menjalankan penyelidikan mengenai teknik sinar gama terhadap pelbagai tanaman dan bunga-bungaan termasuk orkid dan bunga raya
Teknik mutasi aruhan merujuk kepada kaedah mengubah genetic pokok samaada pada bahagian bijibenih atau bahagian lain seperti mata tunas.
Ramlan sudah berjaya menghasilkan beberapa variety baru bunga raya antaranya Hibiscus rosa Sinensis Siti Hasmah Red Shine , Siti Hasmah Pink Beauty pada 2001, Hibiscus rosa Sinensis Nori pada 2005. Perkara ini sering menjadi masalah utama kerana kebanyakan ciri-ciri utama seperti pengeluaran dan kualiti dikawal oleh kod-kod genetik yang banyak dan tertentu yang mana tidak banyak diketahui oleh pembiakbaka.
Tumbuhan-tumbuhan ini juga memerlukan pemantauan yang berterusan sepanjang musim dan di bawah keadaan cuaca yang berbeza. Setelah tumbuhan yang diingini dikenal pasti, struktur genetic tumbuhan itu masih memerlukan pembaikan sewajarnya agar ia boleh bertambah dan berkembang menjadi satu variety baru yang mana proses pembaikbakaan ini memakan masa bertahu-tahun untuk menghasilkan variety yang stabil.
Kedua-dua kumpulan ini bergantung kepada pangkalan data biologi ujian asid deoksiribonukliek (DNA) tumbuhan yang dikenalpasti.
Teknik ubahsuaian genetik ini juga boleh mengubah arkitektur, menguatkan daya ketahanan dan koordinasi masa pembungaan sesuatu tumbuhan.

berminat utk dapatkan maklumat lebih lanjut email ke: amkikkyu@gmail.com